Wednesday, February 12, 2014

Saintis ..Pengorbanan bukan bandingan ..anugerah tiada tandingan

pengorbanan untuk menjadi seorang penyelidik bukan sebarangan..banyak sangat cabaran yang perlu dihadapi dan hidup tidak selalunya indah

disebalik gerimis salju tersimpan kemas duka lara....yang dipendam....pengalaman berada di bumi Arkansas ini tidak akan padam dari sanubariku...

harinie sudah lebih 21 bulan di bumi ini...banyak suka..duka disini...aku masih lagi sedang cuba untuk menulis thesis ku..kelihatan terlalu sukar untuk ku menulis bahagian result..aku tak pasti apa yg patut ku tulis...supervisorku tidak memberikan guidelines dan memberikan aku peluang bebas untuk aku menulis semahuku...mungkin ini sebahagian dari latihan peringkat master


aku juga buntu dengan scope pengajian peringkat PhD yang perlu aku tulis untuk aku kemukan...masih belum jelas haluan ku...mungkin perlu lebih banyak tahajud supaya lebih banyak diberi panduan...


minggu ini merupakan minggu stress buatku..aku tidak pasti kenapa..mungkin kerana seorang pelajar baharu yang menjadikan kehidupan kami sesak dengan sikap show off nya...aku dijadikan bagaikan pekerjanya...sabarjerlah...memang stress dengan sikap tunjuk pandainya...aku serah padaMU ALLAH sekiranya itu ujian buatku...mulai esok aku akan tulis semua penat lelahku menulis thesis dalam blog ini untuk kenangan diriku...saat..saat akhir dibumi uncle sam....

No comments: