Friday, February 10, 2006

Kesepian seorang insan

Adaptasi dari Sajak Mencari ILHAM

Terbit sang mentari
di kala subuh hari
menikam cahaya
pada mata pemuda itu

Kesunyiankah pemuda itu
duduk ditepi sungai
membaling batu kedalam sungai
mencari semangat yang hilang

kesunyiaan nya kerana hidup berseorangan
mencari kekasih
bukannya senang
bagai mencari permata dilautan

wanita dibandar kelihatan lawa
tetapi hatinya menolak
kerana dilihat terlalu menawan
takut hati terus tertawan

takutkan sahabat menjadi lawan
takutkan saudara bermusuh-musuhan
takutkan fitnah alam
takutkan sangka buruk saitan

difikirnya dalam-dalam
apakah ciri-ciri bakal isterinya
adakah wanita solehah
adakah wanita berpurdah

atau cukup sekadar tudung berfesyen
cukup sekadar wanita biasa
yang mempunyai ilmu sekadar sahaja
atau bagaikan summayah

hasrat lelaki itu
mahukan wanita alim
berilmu agama dan pandai
bagaikan Aisyah binti abu bakar R.A.

tetapi jiwanya memberontak
kau bukannya alim
kau bukannya ulama
kau bukannya pandai agama

sekadar manusia biasa
ilmu sekadar yang ada
pendirian juga berubah-ubah
akhlak tidak sempurna

Adakah aku telah sempurna
iman mencapai abid
akhlak seindah rupa
amal selengkapnya

Pemuda itu memohon
kepada ALLAH
agar diberi kekuatan
bagi melengkapkan diri

isteri cantik dan solehah dipohon
bagi menghilang sunyi
penajam fikiran
pemecah kebuntuan....

Bangun pemuda itu
beransur pulang
sambil mengharap
agar doanya dimakbulkan

No comments: