Friday, February 03, 2006

Pagi yang Indah

hahah bangun pagi pun maleh... kira lewat gak aaah bangun tp Alhamdulillah sempat solat....kononnya paginie nak buat assignment la bcoz assignment tertunggak ada lagi tujuh gamaknya....huhhh penat...malas pun ada gak..... semalam ingat nak surf but internet down takder connection so harinie la.....semalam pergi surau ustaz citer pasal qabil dan habil....
pasal kes meraba makcik di sebuah surau lawaklaaaa...ceritanya begini satu couple nie pergi solat terawih dan planned untuk duduk sama-sama depan tirai laki tue belakang tirai awek dia...lepas terawih dia hulur tangan disambut oleh awek dia....perancangan ini berkekalan selama dua hari but unfortunately hari ketiga datang lewat lelaki dah duduk tempat dia yg awek dia nie tak sempat duduk bcoz ada sorang makcik duduk situuu.. so awek dia gelisah laaaa...then after terawih lelaki tue hulurlah tangan hahahahahahha maka tersentuh makcik tueee maka hebohlah sekampung kisah lelaki raba makcik kat surau hahahhaha....kalau godaan syaitan kat masjid pun masalah.......

Tanggung jawab Seorang LELAKI

Tatkala subuh hari bangun menyepi
seorang hamba yang lemah
terfikir olehnya akan tanggungjawab
Apa tanggungjawab ku???

Binggung, Keliru, Masalah, Buntu
Masih terfikir olehnya apa yg belum diselesaikan
Cuba dilakar dengan pen
cuba digambar oleh minda

maka dairy diambil
ditenung mengenai kewajipan lelaki
maka tersentak olehnya
tugasku belum selesai

seingatnya isteri sudah cukup makan minum
terlupa akannya adik perempuan
masih belum berkahwin
hak ibu bapanya belum ditunaikan

hak lelaki
mengahwikan dan menyara adik perempuan@kakaknya
ibu bapa perlu diberi makan minum dan tempat tinggal
keperluan asas perlu disediakan
mendoakan ibu bapa setelah mereka tiada

susahnya seorang lelaki
beratnya tanggungan mu
mintalah pada yang Maha Esa
agar dipermudahkan segala hal

Bangunlah wahai lelaki
fikirkanlah mengenai tanggungjawabmu
adakah sudah cukup persiapanmu
selepas tamat belajar ini

atau kau pasti
mampu mengharunginya dengan mudah
acapkali tewas dengan godaan nafsu
mengatakan biarlah masa menentukannya

persediaan yang cukup
perlu diatur ketika masa hendak bermula
pelajaran telah tamat, cabaran pun bermula
antara kereta dan ibu bapa

antara rumah dan saudara perempuan
antara John master dan bakal isteri
fikirlah...
fikirkanlah

No comments: